Friday, 28 April 2017

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

APA ITU K.I.K?

Kumpulan Inovatif & Kreatif adalah sekumpulan pekerja diantara 6-10 orang terdiri daripada unit kerja yang sama atau jabatan berlainan yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. 

Istilah Inovatif, didefinisikan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti sesuatu organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. 

Bagi maksud Kreatif, ianya didefinasikan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan :
  • Keupayaan berfikir yang melahirkan idea baru yang unik dan menarik;
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian; dan
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keutusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Impak kepada projek kreatif ini akan dapat menghasilkan penciptaan nilai dan memperbaiki kaedah, prosedur serta cara kerja seharian, sekali gus dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan.
_____________________________________________________________________________


"THE DEDO"



ALHAMDULILLAH SAYA TERPILIH DALAM KALANGAN RAKAN-RAKAN SEKERJA DALAM MEREALISASIKAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MEWAKILI IBU PEJABAT POLIS DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA. KUMPULAN KAMI DIBERI NAMA "THE DEDO" DALAM BAHASA PERANCIS DAN DITUBUHKAN PADA 4 FEBRUARI 2015. PROJEK KUMPULAN IALAH DARI SEGI TEKNIKAL IAITU "PENIMBULAN CAP JARI". KUMPULAN KAMI MEWAKILI KONTINJEN MELAKA KE PERINGKAT POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) PADA 12 OGOS 2015 DI DORSETT GRAND SUBANG, SELANGOR. HASILNYA, KUMPULAN KAMI MERAIH KEJAYAAN TEMPAT KETIGA. KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN, KUMPULAN KAMI TERPILIH MEWAKILI PDRM KE PERINGKAT KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)PADA 4 OKTOBER 2016. PERTANDINGAN TERSEBUT, KUMPULAN KAMI HANYA MERAIH KEMENANGAN JUARA GEGANTUNG. ALHAMDULILLAH, ADA HASIL JUGA. KUMPULAN-KUMPULAN PERINGKAT KDN SEMUANYA AWESOME.




TEMPAT KETIGA KATEGORI TEKNIKAL



 _________________________________________________________________________________

"D'LAKE"

ALHAMDULILLAH, SAYA TERPILIH LAGI DALAM MEREALISASIKAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MEWAKILI IBU PEJABAT POLIS DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA. KUMPULAN BARU YANG SAYA SERTAI DIBERI NAMA "D'LAKE" DALAM BAHASA FORENSIK DAN DITUBUHKAN PADA AWAL TAHUN 2016. PROJEK KUMPULAN IALAH DARI SEGI TEKNIKAL IAITU "PENAMBAHBAIKAN PENIMBULAN CAP JARI SEDIA ADA". KUMPULAN KAMI MEWAKILI KONTINJEN MELAKA KE PERINGKAT POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) PADA 3 OGOS 2016 DI DEWAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, MAKTAB PDRM KUALA LUMPUR. DI ATAS USAHA YANG GIGIH, KUMPULAN KAMI JOHAN DALAM KATEGORI TEKNIKAL. PROJEK KAMI MASIH LAGI DALAM PENAMBAHBAIKAN UNTUK PERSEDIAAN KE PERINGKAT SETERUSNYA.


JOHAN KATEGORI TEKNIKAL


MAJLIS MALAM PEBUDAYAAN SEMPENA HARI INOVASI PDRM TAHUN 2016 
BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA, YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

PERJUANGAN BARU SAHAJA BERMULA..GO..GO..GO..!!! 

1 comment:

  1. assalam n salam sejahtera bos...nak tanya..kik peringkat kdnka tahun lepas buat katner..tq bos

    ReplyDelete